Menu

OP WARTA: PESALAH TRAFIK YANG MEMPUNYAI WARAN TANGKAP TERUS DIBURU

Sepanjang enam hari pelaksaan Op Warta Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara, seramai 1,009 pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap telah ditahan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Dato' Mohd. Fuad Abdul Latiff dalam kenyataannya, sehingga semalam operasi yang dijalankan, Selangor antara yang mencatatkan tangkapan tertinggi dengan 252 tangkapan.

Menurutnya, seramai 144 individu pula ditahan di Pulau Pinang, Melaka 142, Kedah 111, Perak 78, Johor 72 dan 71 pula ditangkap di Negeri Sembilan.

Sebanyak 34 tangkapan lagi dilakukan di Pahang, Kelantan 33, Terengganu 24, Sabah 21, Perlis 16, Sarawak tujuh, serta empat individu ditangkap di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, seramai 4,616 pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap telah tampil menyerah diri di balai polis secara sukarela.

Sejumlah 1,185 individu menyerah diri di Selangor, Johor seramai 883, Perak seramai 361, Pulau Pinang 354, Pahang 277, Kuala Lumpur 269, Melaka 245, dan 219 di Negeri Sembilan, Terengganu 211, Kelantan 193, Kedah 154, Sarawak 125, Sabah 111 dan 29 di Perlis.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS