Menu

TIGA SUSPEK KES SAMUN DICEKUP POLIS

Hasil kecekapan polis, tiga suspek kejadian menyamun seorang lelaki di Taman Pengkalan Utama, di Taiping malam kelmarin berjaya ditahan polis kira-kira empat jam selepas melakukan jenayah itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Supt. Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian pada kira-kira jam 11 malam itu, tiga suspek bersenjatakan parang bukan hanya menyamun malah menetak mangsa terbabit.

Menurutnya, ketiga-tiga penjenayah terbabit turut melarikan kereta milik mangsa ke lokasi lain dan menggunakan kenderaan itu untuk melakukan kegiatan sama dl sekitar Taiping dan beberapa lokasi lain.

Beliau turut berkata, kesemua suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kegiatan samun dan curi.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS