Menu

2 SUSPEK PECAH RUMAH DITAHAN SELEPAS REMPUH VAN POLIS


Dua suspek kes pecah rumah masing-masing berusia 22 dan 28 tahun ditahan selepas merempuh kenderaan polis dengan sebuah kereta untuk melarikan diri dalam kejadian di Jalan Lunas, Kepala Batas, malam kelmarin.

Difahamkan, dua lelaki itu melarikan diri selepas ditahan polis di Kawasan Perindustrian Mak Mandin sebelum dikejar sejauh lebih 10 kilometer sehingga ke Jalan Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata dalam kejadian itu suspek turut merempuh sebuah van polis yang turut mengejar sehingga menyebabkan kenderaan itu nyaris terbabas.

Sumber : Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS