Menu

DADAH RM10J DISITA


Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor membongkar makmal memproses dadah sintetik dan stor penyimpanan bahan kimia dipercayai untuk memproses syabu di sebuah premis di Sungai Pelek, Sepang, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Dato’ Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis turut memberkas lapan individu, termasuk seorang wanita, dalam tujuh serbuan di tiga lokasi di Damansara, Sepang dan Wangsa Maju Jumaat dan Sabtu lalu.

"Kita turut menahan dua lelaki warga Sri Lanka dan seorang lelaki warga India dalam serbuan itu,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS