Menu

PUSAT JUDI MIRIP "PETI BESI" DILUMPUHKAN POLIS

Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat Perjudian dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman berjaya melumpuhkan sindiket yang cuba menghidupkan kembali operasi perjudian 'kebal' dengan kawalan keselamatan CCTV di premis mereka sekitar Selangor.

Sindiket itu yang membuka premis perjudian di Metro Prima Kepong, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor itu dikesan membina pintu besi berlapis selain turut memasang CCTV bagi tujuan mengesan kehadiran polis.

Ketua Penolong Pengarah STAGG, SAC Khairi Ahrasa berkata, hasil pemeriksaan di semua premis itu menemui sejumlah 61 komputer riba, lima tablet, tujuh modem dan 12 unit teleton bimbit yang mana kesemuanya disita bagi tujuan siasatan.

Polis juga akan mengesan penganjur dan pemilik premis perjudian itu untuk diambil tindakan mcngikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS