Menu

SEMINAR PEMANTAPAN PERLAKSANAAN GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU PDRM

Putrajaya, 21 Mei 2015 – Satu majlis penutupan seminar yang bertajuk Pemantapan Perlaksanaan Garis Panduan Amalan Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah 3 Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) PDRM, Dato' Hj. Azri B. Hj. Ahmad, disini, tadi.

Bertempat di Hotel Palm Garden Putrajaya, seminar yang bertujuan untuk menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia agar keseluruhan kontinjen dan balai polis yang ada di negara ini dapat mengurus kecekapan penggunaan tenaga di tahap yang paling optimum dan berkesan adalah sebuah program kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Malaysia Green Technology Corporation (Greentech Malaysia).

Dalam seminar ini juga, sebuah blueprint Inisiatif Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diperkenalkan yang menerangkan langkah-langkah amalan penjimatan penggunaan elektrik, air dan amalan kitar semula di setiap premis kerajaan sebagai satu garis panduan perlaksanaannya dalam PDRM untuk tempoh yang mendatang.

Adalah diharapkan agar PDRM menjadi agensi peneraju yang mengorak langkah dalam mengutamakan amalan teknologi hijau dalam aktiviti sehariannya.

2
Sekitar seminar berlangsung.

3
Sekitar seminar berlangsung.

4
Sekitar seminar berlangsung.

5
sesi penyampaian cenderahati.

1
Gambar kenangan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS