Menu

SUSPEK TERJUN SUNGAI BILA POLIS BUAT SERBUAN

Sudahlah hisap dadah, mahu gadai nyawa pula.

Itulah yang dipertaruhkan oleh sekumpulan penagih dadah apabila 'port' mereka diserbu polis Pahang dalam satu operasi khas di ladang kelapa sawit Kampung Paya Bungor, Gambang.

Serbuan yang dilakukan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan itu dibuat setelah seminggu intipan dilakukan terhadap 'port' berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, operasi khas itu turut berjaya menahan seorang Ielaki berusia 28 tahun yang dipercayai pengedar dadah di kawasan tersebut.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS