Menu

SUSPEK YANG MENCULIK DAN MENGURUNG REMAJA DIBERKAS

Polis Johor berjaya menahan empat suspek yang disyaki menculik dan mengurung seorang remaja di Johor Bahru dalam tempoh kurang dua jam selepas mangsa yang berjaya melarikan dirinya lalu membuat laporan polis di balai berdekatan.

Kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 17 sehingga 31 tahun itu ditahan lanjut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 342 dan 394 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh, mengesahkan kejadian.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS