Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di peringkat sekolah banyak membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal salah laku jenayah dalam kalangan pelajar.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Zaldino Zaludin berkata, pelajar dan murid yang menyertai kelab berkenaan pula secara tidak langsung boleh menjadi 'role model’ kepada rakan sebaya mereka supaya tidak melakukan kegiatan jenayah.