Polis percaya telah menumpaskan kegiatan satu sindiket pecah rumah dan curi kereta dengan tertangkapnya empat suspek termasuk dua wanita dalam serbuan di Bukit Kinrara, Puchong, Selangor pada 26 Mei lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Dato’ Adnan Abdullah berkata, suspek diberkas di sebuah rumah teres dua tingkat di lokasi berkenaan pada pukul 1 pagi.