Menu

POLIS TAHAN LAPAN INDIVIDU, RAMPAS BARANGAN BERNILAI RM30,000

Kota Bharu, 31 Mei- Polis menahan lapan individu termasuk seorang wanita dan merampas pelbagai jenis barang dipercayai barangan curi yang dianggarkan bernilai RM30,000 di Kampung Paya Bemban di sini, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Setapa Yusoff berkata dalam operasi pada 4 petang itu, pihaknya melakukan serbuan di sebuah rumah di kampung berkenaan dan menahan lapan individu berusia antara 18 dan 50 tahun.

"Kita percaya mereka ini pengedar dadah yang telah lama bergiat aktif di sekitar kampung itu. Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan membawa kepada penemuan 28 biji pil kuda, 4.1 gram ganja dan wang tunai RM13,000.

"Kita turut merampas pelbagai jenis barang antaranya televisyen, komputer riba dan lain-lain yang disyaki barangan curi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, hari ini.

Setapa berkata kesemua suspek direman selama tujuh hari dari tarikh ditahan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS