Menu

500 PENDATANG KINI CUBA MASUK KE DALAM NEGARA

Kira-kira 500 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dipercayai terdiri daripada pelarian Rohingya berada di sempadan Thailand-Malaysia, dikesan cuba memasuki negara ini secara haram.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt.Abd. Rahim Abdullah berkata, hasil risikan awal dilakukan anggotanya, PATI terbabit kini berada di sekitar Pekan Danok, Thailand bersempadan Bukit Kayu Hitam.

Mereka dipercayai akan menggunakan laluan tersebut untuk masuk secara haram ke dalam negara ini.

Walaubagaimanapun, polis bersiap sedia bagi meningkatkan kawalan dan keselamatan di kawasan sempadan.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS