Sebuah video seorang pelajar kolej yang menjadi mangsa buli pelajar lain di daerah Bentong, Pahang menjadi viral di lamansosial Facebook, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan perkara terbabit dan siasatan ke atas video terbabit sedang dijalankan oleh pihaknya.
Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan mangsa yang hanya bertuala mandi dipukul bertubi-tubi oleh pelajar lain dipercayai dimuat naik oleh rakan kepada bapa mangsa.
Sumber: Sinar Harian