Menu

OPERASI FASA KE-2 MENGGALI 91 KUBUR BERMULA HARI INI

Operasi fasa kedua penggalian 91 kubur di empat lokasi khemah di sekitar Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar dekat Perlis akan bermula mengikut laluan Thailand hari ini.

Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata, pasukan forensik polis akan mula bergerak ke Bukit Wang Burma menggunakan laluan di Ban Tha Thalok, Thailand.

Polis Thailand telah memberikan lampu hijau kepada PDRM untuk menggunakan laluan tersebut.

Difahamkan, Ban Tha Thalok terletak di Padang Besar, Thailand turut mempunyai perkampungan selain kenderaan biasa, pacuan empat roda dan motosikal juga boleh masuk dan melalui kawasan berkenaan.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS