Menu

PERINTAH BERKURUNG DI ESSZONE DILANJUT SEHINGGA 17 JUN

Fasa ke-20 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir semalam, dilanjutkan ke fasa ke-21 bermula hari ini sehingga 17 Jun, berkuat kuasa dari jam 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat setelah pelbagai aspek diambil kira dan ianya adalah merangkumi perairan di enam daerah dalam pantai timur negeri Sabah.

Ia adalah untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan pantai timur selain pelancong yang ada di daratan Esszone.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS