Menu

PEROGOL DAN PEROMPAK REMAJA BERJAYA DITAHAN POLIS

Polis Selangor berjaya menahan lima lelaki mat motor yang disyaki merogol dan merompak seorang mangsa berusia 16 di Rantau Panjang, Klang Utara, Selangor.

Kesemua yang ditahan berumur 16 sehingga 34 tahun dalam serbuan yang dilakukan pihak polis pada malam hari yang sama mereka melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohamad Shukor berkata, empat daripada suspek tersebut juga positif dadah dalam ujian air kencing yang dilakukan pihaknya.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS