Menu

20 LAGI MAYAT MANGSA SINDIKET BERJAYA DIKELUARKAN

Dua puluh lagi mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dikeluarkan dari Hutan simpan Mata Air di FELCRA Lubuk Sireh di Padang Besar, Perlis, semalam.

Ketua Polis Perils, SAC Shafie Ismail ketika dihubungi mengesahkan 20 mayat dikeluarkan dari tapak dikenali sebagai Kubur 24, namun tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenainya.

Semua mayat dibawa dengan kenderaan polis ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah untuk ujian patologi.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS