Menu

LELAKI DITAHAN BANTU SIASAT KES SAMUN STESYEN MINYAK

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun sebuah stesen minyak di Ampang, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan sehari selepas kejadian di Taman Tasek Tambahan, dalam daerah tersebut.

Pihak polis turut membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Saga, sebelum menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadlan samun tersebut.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS