Tindakan biadab pemandu lori memaki anggota polis bertugas dengan kata-kata kesat membawa padah apabila dia dibawa ke Balai Polis Kajang petang kelmarin.
Pemandu berusia 28 tahun itu berang apabila polis menahan kereta Proton Iswara yang dipandunya di Jalan Bangi ke Semenyih kerana didapati lampu brek kenderaannya tidak berfungsi.
Ketua Polis Daerah Kajang, SAC Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pemandu itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro