Menu

REMAJA 18 TAHUN ANTARA SUSPEK KES BUNUH DITAHAN

Polis Ipoh berjaya menahan empat lelaki termasuk seorang remaja selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan hingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Taman Indah Jaya di Ipoh, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, ACP Sum Chang Keong berkata, suspek dipercayai menumbuk mangsa sehinggakan mati akibat jatuh terhentak di bahagian kepala.

Masing-masing yang ditahan berumur antara 18 hingga 30 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS