Polis Selangor mengesahkan sudah dapat mengenalpasti identiti salah seorang suspek yang disyaki terlibat daiam kes tembak seorang wanita warga Mongolia di Dataran Bandar Utama, semalam.
Ketua Polis Selangor, Dato' Abdul Samah Mat berkata, pihaknya sudah memperoleh petunjuk positif berhubung individu yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
Menurutnya, pihaknya juga akan menyemak laporan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berhampiran selain akan mengedarkan lakaran wajah suspek jika keadaan memerlukan.
Sumber: Utusan Malaysia