Menu

25,000 Bungkusan Hari Raya Untuk PDRM.



Oleh:Konst Daud Tuah
Foto:Sjn Zaiddin Dahalan
Penyunting:Insp Nithia Perumal

Kuala Lumpur, 22 Jun - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota keselamatan negara bagi tahun 2015 di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, di sini, pagi tadi.

Yang DiPertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkata, sumbangan ini merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi membalas jasa dan pengorbanan para pejuang kita yang berada di segenap pelusuk negara yang diamanahkan untuk bertugas demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara ini.

"Pengorbanan pasukan keselamatan negara kita amatlah besar jika dibanding dengan sumbangan yang tidak seberapa ini," kata beliau.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar telah menerima sebanyak 25,000 bungkusan dari BAKTI sebagai tanda penghargaan kerana memikul tanggungjawab di perbatasan di sepanjang bulan Ramadhan serta Syawal bagi memastikan rakyat Malaysia hidup dengan aman makmur dan sejahtera.

Pasukan keselamatan yang turut menerima sumbangan adalah Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim.




Ketua Polis Negara bersama Panglima Angkatan Tentera


Gambar kenangan semasa menunggu ketibaan Yang DiPertua BAKTI


Nyanyian lagu Negaraku dan BAKTI


 Antara yang hadir


 Bacaan doa


Ketua Polis Negara terima bungkusan hari raya dari Yang DiPertua BAKTI


 Panglima Angkatan Tentera terima bungkusan hari raya dari Yang DiPertua BAKTI

 Laksamana Maritim terima bungkusan hari raya dari Yang DiPertua BAKTI

 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS