Dua lelaki yang dipercayai membelasah seorang lelaki sehingga mati dalam kejadian di Taman Kota Aman, Yong Peng, Batu Pahat kelmarin direman seminggu bagi membantu siasatan kes bunuh itu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad berkata, kedua-dua suspek itu ditahan dua jam selepas kejadian bunuh itu.
Polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa dan untuk melengkapkan siasatan.
Sumber : Kosmo