Kuala Lumpur, 8 Julai – Bagi memastikan objektif Op Selamat 7 dalam mencegah jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya ketika musim perayaan, para petugas melibatkan keseluruhan jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara akan memberikan sepenuh komitmen bagi mencapai objektif tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata, Op Selamat yang masih mengekalkan tema terdahulu iaitu “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi” akan dilaksanakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 10 hingga 24 Julai ini.
Justeru itu, pihak polis akan meningkatkan rondaan pencegahan jenayah di taman perumahan dengan melibatkan pegawai dan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), rondaan bit dan lain-lain rondaan sebagai elemen utama untuk mencapai matlamat operasi.
Tambah beliau lagi bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, pihak polis akan mengadakan Ops Perangkap Had Laju di kawasan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya dan memberi tumpuan kepada penunggang motosikal menerusi Operasi Motosikal yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi dalam statistik kemalangan yang dilaporkan sebelum ini.
“Pihak polis akan tetap memberi tumpuan kepada kesalahan-kesalahan berkaitan seperti memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memotong barisan serta kesalahan melanggar isyarat lalu lintas,” kata beliau dalam Majlis Pelancaran Op Selamat 7/2015 Sempena Hari Raya Aidilfitri di Stesen Sentral Kuala Lumpur, pagi tadi.
Beliau turut menasihatkan pemilik kediaman atau premis untuk memaklumkan kepada pihak polis tentang kepulangan mereka ke kampung halaman dengan memuat turun dan menghantar Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh didapati di balai dan Portal Rasmi PDRM,
www.rmp.gov.my.
PDRM turut berkolaborasi dengan lain-lain agensi melalui “Emergency Response Team” (ERT) seperti Telekom Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertahanan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance dan pihak media.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran adalah Pengerusi Telekom Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), SDCP Dato’ Mohammad Fuad Abu Zarim.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mahbob.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mahbob ketika menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika acara 'Flag-Off'.

Acara 'Flag-Off'.

Acara 'Flag-Off'.

Acara 'Flag-Off'.

Acara 'Flag-Off'.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan cenderahati kepada pemandu-pemandu.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika menyampaikan cenderahati kepada pemandu-pemandu.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika melawat gerai pameran.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika melawat gerai pameran.

Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ketika melawat gerai pameran.

Sekitar majlis.

Sekitar majlis.