Polis Pulau Pinang membongkar rahsia seorang duda yang menjadikan sebuah bilik di dalam rumahnya sebagai makmal memproses dadah dalam satu serbuan di Bukit Gambir, Pulau Pinang.
Pelbagai jenis dadah termasuk ecstasy, syabu serta serbuk dadah bernilai RM291,750 dan peralatannya memproses dadah berjaya diramopas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri, Supt. Guan Beng Kang berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat awam dan risikan dilakukan pihaknya sejak beberapa minggu yang lalu.
Polis turut percaya yang duda terbabit bergerak solo dengan menjadikan biliknya sebagai makmal dadah tanpa disedari oleh seorang pun ahli keluarganya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.
Sumber: Harian Metro