Menu

PANDUAN KESELAMATAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG


1. Maklumkan kepada balai polis terdekat mengenai maklumat diri iaitu alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.
2. Minta tolong jiran sebelah untuk tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda.
3. Pasang alat-alat tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
4. Jangan tinggalkan sebarang nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
5. Henti penghantaran akhbar dalam tempoh ketiadaan anda di rumah.
6. Sentiasa pasang lampu di waktu malam.
7. Pastikan pintu/tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah.
8. Layari Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia di www.rmp.gov.my dan klik pada banner Borang Maklumat Balik Kampung untuk muat turun borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ke balai polis berhampiran.

Sumber : Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS