Menu

DATO' HASNAN HASSAN DILANTIK TIMBALAN KETUA POLIS PERAK BAHARU

Ipoh, 20 Julai- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Dato' Hasnan Hassan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Hasnan menggantikan Datuk Burhanuddin Ijab yang memangku jawatan berkenaan sebelum ini.

Majlis serah terima tugas diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IPK Perak di sini disaksikan Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh.

Hasnan berkata beliau akan menggunakan pengalaman yang diperoleh sebelum ini bagi melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.

"Saya akan berusaha untuk mencapai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) menurunkan kadar jenayah serta mematuhi misi dan visi Ketua Polis Perak dalam melaksanakan tugas demi menjaga keamanan di negeri ini," katanya.

Hasnan, 56, yang berasal dari Jerantut, Pahang, pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan antaranya di Jabatan Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ketua Polis Daerah sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor.- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS