Menu

ESSCOM CARI LAPAN LELAKI BANTU SIASATAN KES

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mencari lapan lelaki bagi membantu siasatan kes penculikan dan tebusan jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Mereka terdiri daripada empat beradik Muktadil iaitu Nelson @ Niekson, Braun @ Brown, Badong dan Khadafi. Empat lagi yang dicari ialah Bocoi @ Black, Salip Sosong @ Mohammad Apsa Abdulla, Ali @ Brown dan Manajan @ Marajan. Kesemua mereka merupakan warga Filipina. 

Orang ramai yang terserempak atau terjumpa dengan mereka diminta menghubungi bilik gerakan Esscom di talian 089-863181 atau WhatsApp pada nombtor 013-5559 410.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS