Kuala Lumpur, 10 Ogos- Pasukan Khas Taktikal Risikan Narkotik (STING), Bukit Aman menahan sembilan suspek dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah di Bukit Kayu Hitam dan Sungai Petani, Kedah awal pagi tadi.
Lebih daripada 160 ketul ganja yang dipercayai untuk tujuan edaran berjaya dirampas dalam operasi tersebut.
Ketua Polis Negara mengesahkan perkara ini dalam laman twitter dan Facebook Page rasmi beliau sebentar tadi.
