Dilahirkan sebagai anak seorang anggota polis membuatkan Asisten Superintenden Abu Razid Abu Bakar meminati kerjaya pasukan keselamatan itu sejak kecil. Ditambah dengan semangat, ketegasan dan disiplin yang ditunjukkan ayahnya, Sarjan Abu Bakar Mantali baik semasa melaksanakan tugas mahu pun ketika di rumah menyemarakkan lagi azamnya untuk berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dewasa kelak.
Azam anak kelahiran Kuch...ing, Sarawak ini semakin membara apabila mendapat sokongan penuh daripada si ayah yang menyatakan kerjaya sebagai polis adalah tugas murni dan membentuk disiplin diri.
Sumber: Utusan Malaysia.
