Menu

MPV POLIS KINI BERWAJAH BARU

MPV POLIS KINI BERWAJAH BARU

Bukit Aman, 17 Ogos – Sebanyak 100 buah Kereta Peronda Polis (MPV) yang berwajah baru telah dirasmikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri’ Khalid Abu Bakar dalam sebuah majlis, dekat sini, pagi tadi.

Majlis perasmian tersebut adalah bersempena penggantian 100 buah kereta peronda polis Proton Waja 1.6 yang telah tamat tempoh pajakannya dan digantikan dengan Proton Preve 1.6 yang menyokong konsep amalan hijau. 

Kereta Peronda berimej baru ini bakal menggantikan kereta peronda sedia ada yang mana lebih 80 peratus daripadanya telah melebihi had penggunaan yang ekonomik.

Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah  YDH Timbalan Ketua Polis Negara , Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim , para Pengarah dan timbalan , barisan Ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, Dato’ Hamzah Mohd Salleh.


YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri’ Khalid Abu Bakar  merasmikan Pelancaran Imej Baru Kereta Peronda.








Antara MPV yang dipamerkan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS