Menu

POLIS NAFI BERLAKU CUBAAN MENCULIK KANAK-KANAK GUNA VAN PUTIH DI KEDAH

Polis Kedah menafikan dakwaan berlakunya cubaan menculik kanak-kanak menggunakan van putih di Taman Mahsuri, Jitra sehingga menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Dato' Zamri Yahya berkata, tiada sebarang laporan polis yang diterima oleh pihaknya bersangkut kes tersebut dan ia mungkin dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan menakutkan orang ramai.

Pihak polis turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang suka membuat dan menyebarkan berita palsu sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS