Menu

POLIS TEMUI PETUNJUK BARU KES MAYAT DIBAKAR DALAM BUT KERETA

Polis Selangor telah menemui satu petunjuk baru identiti mayat yang dibakar di dalam but sebuah kereta Proton Iswara Aeroback di Rawang baru-baru ini setelah seorang wanita membuat laporan polis bahawa suaminya tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, demi siasatan yang telus pihaknya masih menunggu laporan asid deoksiribonukleik (DNA) milik seorang wanita warga Pakistan yang mendakwa isteri kepada mangsa.

Polis percaya wanita berkenaan mempunyai kaitan dengan mangsa berdasarkan beberapa sumber sahih.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS