Menu

DIPENJARA 3 TAHUN

Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan turut didenda RM10,000 atas kesalahan menyeludup 14 warga asing pada 4 Februari lalu.

Tertuduh di dakwa mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK). 

Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 11.15 malam, 4 Februari lalu di Kilometer 21.6 Lebuhraya Kuala Lumpur - Lanchang (B) Gombak dengan membawa 14 warga asing menaiki kenderaan model Naza Citra. 

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS