Mereka pernah digelar "Geng Pailang" kerana walaupun pernah ditahan di Sekolah Menengah Henry Gurney namun tabiat melakukan jenayah seperti samun kedai-kedai serbanika 24jam di sekitar Sungai Buloh, Selangor tidak dapat dibendung lagi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt. Junaidi Bujang berkata, kesemua mereka akhirnya tumpas di tangan polis dalam satu serbuan pada jam 2 pagi dengan bantuan orang ramai yang memaklumkan lokasi mereka kepada pihak berkuasa.
Polis kini dalam usaha memburu saki baki ahli kumpulan tersebut dalam usaha menyelesaikan kes jenayah yang dilakukan mereka.
Sumber: Utusan Malaysia
