Menu

MAT GIAN DITAHAN DALAM LADANG KELAPA SAWIT

Polis Pahang berjaya menahan 10 mat gian yang sedang leka menagih dadah dalam ladang kelapa sawit di berhampiran FELDA Sungai Panching Timur, Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, serbuan jam 8 pagi yang dilakukan oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Jaya Gading itu dibuat hasil maklumat yang diberikan oleh orang ramai kepada pihak polis.

Saringan ujian air kencing mendapati tujuh daripada yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS