Menu

SAKSI KES LANGGAR LARI DIMINTA BANTU POLIS

Polis Selangor memohon kerjasama dari orang ramai yang menjadi saksi kepada satu kes kemalangan langgar lari yang melibatkan pembonceng motosikal tersebut maut di KM59 Jalan Klang-Teluk Intan dekat Pekan Tanjong Karang pada 3 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt. Muhd Taib Ahmad berkata, penunggang yang cedera parah dan pembonceng motosikal yang maut tersebut adalah pasangan suami isteri yang telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenali dari arah belakang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS