Menu

PENGANGGUR DICEKUP SEKALI LAGI LEPAS KELUAR PENJARA

Polis Selangor mencekup seorang penganggur yang baharu sahaja keluar dari penjara kerana menjual dadah jenis Heroin seberat 128.7 gram bernilai RM1200 di Sabak Bernam.

Menurut Ketua Polis Daerah, Supt. Nor Azmi Isa, hasil maklumat orang awam pihaknya berjaya memberkas suspek di rumahnya di Kampung Baru Sungai Labu dan menemui dadah bagi tujuan dijual kepada pelanggan dalam beg sandang miliknya serta sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai dicuri sejak dua bulan lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS