Menu

PDRM PERKASA PEMBANGUNAN FASILITI DAN INFRASTRUKTUR KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

PDRM PERKASA PEMBANGUNAN FASILITI DAN INFRASTRUKTUR KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 

Shah Alam, 14 Sept – Pada tahun ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima pelbagai kelengkapan peralatan persenjataan berjumlah RM30 juta dan juga kenderaan berjumlah RM9.3 juta bagi kegunaan pasukan dalam menjalankan tugas penguatkuakuasaan undang-undang dengan efektif dan lancar.

YDH Pengarah Jabatan Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) , Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, berkata segenap lapisan warga PDRM wajar untuk mengamalkan dan membudayakan amalan dan aplikasi teknologi hijau sebagai langkah penjimatan dan perbelanjaan berhemat selari dengan transformasi kerajaan.

“PDRM kini menuju ke arah ‘Go Green” dan telah menyertai 'International Greentech And Eco Products Exhibition And Conference Malaysia (IGEM) 2015' ”, katanya semasa berucap di Perhimpunan Bulanan Jabatan StaRT, September 2015.

Beliau berkata, PDRM telah mempamerkan produk-produk mesra alam dan mengurangkan pencemaran dengan memperkenalkan program pemasangan solar hybrid ke atas Balai Polis Pulau Mabul, Sabah serta perancangan melestarikan amalan hijau dan teknologi hijau PDRM 2016-2020.

Sehubungan dengan itu, YDH Dato Pahlawan Zulkifli meyarankan kepada seluruh warga PDRM untuk menjayakan aktiviti amalan hijau ini secara optimum dan berterusan selaras dengan kemudahan peruntukkan terhadap pembangunan fasiliti dan infrastruktur yang telah diberikan.

Turut hadir dalam majlis tersebut YDH Timbalan Pengarah 1 Jabatan StaRT, Pemangku CP, Dato’ Zaleha binti Abdul Rahman, YDH Timbalan Pengarah 2 Jabatan StaRT, DCP Dato’ Zulkapli bin Ahmad, YDH Timbalan Pengarah 3 Jabatan StaRT, SAC Dato’ Hj Azri bin Hj Ahmad, Ketua-ketua bahagian Jabatan StaRT, Pegawai-pegawai kanan polis dan pegawai-pegawai awam Jabatan StaRT.



 Ketibaan YDH Timbalan Pengarah 3 Jabatan StaRT, SAC Dato’ Hj Azri bin Hj Ahmad



Ketibaan YDH Timbalan Pengarah 2 Jabatan StaRT, DCP Dato’ Zulkapli bin Ahmad.



YDH Timbalan Pengarah 1 Jabatan StaRT, Pemangku CP, Dato’ Zaleha binti Abdul Rahman.



Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) , Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah.





Sekitara upacara perbarisan berlangsung...


YDH Pengarah Jabatan Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) , Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah menyampaikan ucaptama.


YDH Pengarah Jabatan Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) , Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah menyampaikan sijil penghargaan kepada Timbalan Pengarah 3 Jabatan StaRT, SAC Dato’ Hj Azri bin Hj Ahmad


YDH Pengarah Jabatan Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) , Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah menyampaikan sijil penghargaan kepada Supt. Adnan bin Ahmad, Ketua Jabatan StaRT Johor.


YDH Pengarah Jabatan Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) , Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah menyampaikan sijil penghargaan kepada Pemangku Supt. Che Johari bin Hj Ahmad, Ketua Jabatan StaRT Pulau Pinang



YDH Pengarah Jabatan Pengurusan merangkap Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) , Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah beramah mesra bersama para hadirin.



Bergambar kenangan..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS