Menu

CP DATO' ZALEHA WANITA KETIGA TERAJUI JABATAN PDRM

Kuala Lumpur, 14 Sept – Sejarah sekali lagi terukir dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila Dato' Zaleha Abdul Rahman menjadi Pegawai Kanan wanita ketiga disematkan pangkat Komisioner Polis (CP) sekaligus menjawat jawatan Pengarah dalam satu upacara serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman sebentar tadi.

Jawatan yang diambil alih daripada Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah yang kini Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM itu telah turut mencatatkan nama beliau sebagai wanita yang pertama menerajui Jabatan StaRT atau dahulunya dikenali sebagai Jabatan Logistik sejak ianya ditubuhkan.

Seperkara yang manis dalam majlis tersebut turut menyaksikan bahawa Dato’ Zaleha mengambil alih tugas sebagai Pengerusi PERKEP Jabatan StaRT yang sebelum ini disandang oleh Datin Noraini Abd Jalil bagi meneruskan legasi kepimpinan keluarga polis dalam jabatan itu.

Setelah selesainya upacara serah terima tugas tersebut, majlis telah diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sumbangan daripada Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Datuk Robert Phang Miow Sin kepada Tabung Kebajikan PDRM.

Ketua Polis Negara yang mewakili seluruh warga PDRM telah menerima sumbangan tersebut yang akan disalurkan kepada keluarga mendiang ASP Margaret Tagum Anak Goen yang meninggal dunia akibat dirempuh motosikal ketika sedang bertugas dalam satu operasi di Kluang baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis yang bersejarah ini adalah Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato' Imran Bt. Ibrahim, Pengarah-pengarah PDRM dan isteri, ahli-ahli PERKEP, para Pegawai Kanan Polis dan wakil-wakil media.

Sesi bergambar kenangan..

Sekitar upacara menandatangani dokumen serah terima tugas Pengarah Jabatan StaRT di antara Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah dan Dato' Zaleha Abdul Rahman..

Pengacara Majlis, Insp. Abdul Rahim dan Insp. Arisanti dari Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) yang mengendalikan perjalanan acara pada hari ini.

Sekitar Upacara Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Jabatan StaRT di antara Datin Noraini Abd Jalil dan Dato' Zaleha Abdul Rahman...

Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar...

Upacara penyampaian sumbangan daripada Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Datuk Robert Phang Miow Sin kepada Tabung Kebajikan PDRM.

Sesi bergambar kenangan...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS