Menu

POLIS NAFI BERLAKU KES CULIK KANAK-KANAK


Kota Tinggi - Polis menafikan kes penculikan kanak-kanak berlaku di daerah ini seperti khabar angin tersebar yang dikatakan berlaku di Felda Sungai Mas dan Felda Air Tawar 2, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, masyarakat diharap tidak terlalu taksub dengan maklumat diperoleh melalui media sosial.

Menurutnya, sepatutnya sesuatu maklumat diterima dalam keadaan tidak pasti dirujuk kepada pihak polis dan bukannya menyebarkan kepada rakan lain.

Sumber: Sinar Harian



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS