Menu

SOLAT SUNAT AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN BUKIT AMAN

KUALA LUMPUR – 24 September. Hari ini, 10 Zulhijjah 1436/24 September 2015 umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha.

Warga Polis Diraja Malaysia juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan mengeratkan persaudaraan dan silaturahim sesama ummah dengan meraikan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban.

Bagi warga PDRM Bukit Aman, solat sunat Aidiladha dan ibadah korban telah berlangsung di Masjid Bukit Aman. 

Sebanyak 9 ekor lembu telah dikorbankan, 7 ekor adalah sumbangan korban 49 orang warga PDRM Bukit Aman sementara 2 ekor lagi adalah sumbangan daripada Timbalan Perdana Menteri.

Hadir solat sunat Aidiladha dan ibadah korban ialah Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, anggota serta pegawai awam dan masyarakat setempat.

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS
1
1a
2
3
4
5
10
17
12

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS