Menu

MUAFAKAT: POLIS DAN MASYARAKAT LAKSANAKAN IBADAH KORBAN BERSAMA

Polis dan masyarakat berpiasah tiada. Slogan yang akan terpahat selamanya dalam sanubari warga PDRM dan seluruh rakyat Malaysia. Erti slogan itu juga dapat diterjemahkan dalam konteks hidup bermuafakat dalam komuniti di sesuatu daerah.

Memikirkan betapa pentingnya hubungan erat antara polis dengan orang awam, maka satu aktiviti gotong-royong bagi melaksanakan ibadah korban, pengagihan daging korban serta kenduri tengahari telah dilakukan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Ketua Polisnya sendiri, ACP Shafien Mamat, program ibadah yang berlangsung dalam suasana penuh muhibbah dan mesra itu telah berjaya melibatkan lebih dari 300 kehadiran masyarakat setempat dan 100 orang warga PDRM.

Polis Shah Alam berazam untuk mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara polis dan masyarakat.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS