Polis menumpaskan sekumpulan penjenayah yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di daerah ini dengan tertangkapnya seorang wanita dan lima lelaki di sebuah rumah di Kampung Parit Kaspan, Sri Gading di sini baru-baru ini.
Pihak polis mengesan kumpulan itu dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan berhubung kes pecah rumah seorang pesara guru di Kampung Parit Simpan, Senggarang pada 1 Oktober lalu.
Sumber: Kosmo
