Menu

SUPT GHAZALI JADI KADI PERTAMA PDRM

Apabila menyebut perkataan kadi, pasti tergambar di dalam fikiran kita orang itu memiliki perwatakan alim, warak dan bersopan santun. 

Bagaimanapun, apabila seorang anggota polis yang sentiasa berperwatakan tegas dan serius memegang jawatan kadi sudah pasti perwatakan 'klise' tersebut hilang dari dalam fikiran.

Bagi Superintenden Ghazali Daud yang merupakan kadi pertama dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan, perkara itu adalah salah satu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat. 

Menurut beliau, walaupun tugas kadi pada pandangan mata orang adalah tugas mudah tetapi bagi beliau ia tidak semudah disangkakan. Selain bertindak sebagai Kadi secara tidak langsung beliau akan menjadi tempat rujukan rakan sepasukan yang mempunyai kemusykilan berkaitan soal agama Islam. 

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS