Menu

POLIS TAHAN 'TAUKE' JUS LALOK

Polis Kuala Lumpur berjaya memberkas suspek yang melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 20 hingga 26 tahun di Jalan Pudu kerana dipercayai dalang membekalkan jus lalok di kelab-kelab malam sekitar ibu kota.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Naroktik (KJSJN) Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata, dalam serbuan yang dilakukan di sebuah pangsapuri itu polis turut merampas sebanyak 91 botol minuman khayal jenis beri yang telah dicampurkan dengan najis dadah.

Turut dirampas adalah 250 pil eramin 5, 203 paket ketamin dan 250 pil ecstasy yang digunakan sebagai bahan campuran dalam minuman berkenaan.

Hasil sisasatan awal pihak polis mendapati, suspek mampu memperolehi pendapatan lebih RM50,000 sebulan dengan hanya menjual sebotol jus lalok tadi bernilai RM80 sehingga RM120 sebotol.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS