Lima lagi lelaki ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan insiden menyerang 19 pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Melaka, pada 30 September lalu.
Tangkapan itu hasil beberapa serbuan di beberapa lokasi sekitar Bandar Hilir, Melaka, petang kelmarin.
Lima lelaki berusia 28 hingga 50 tahun yang ditahan itu dipercayai ada kaitan dengan kejadian menyerang pegawai dan anggota Jabatan Imigresen dan sehingga kini, 11 sudah ditahan.
Sumber : Harian Metro
