Menu

ENAM REMAJA ANTARA 10 DITAHAN KES CURI MOTOSIKAL

Sebanyak enam remaja berusia bawah 17 tahun merupakan antara 10 lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal dalam operasi khas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, Selangor. Turut ditahan empat lagi rakan mereka berusia 19, 20, 23 dan 25 tahun.

Penangkapan 10 suspek itu kemudian membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek warga Indonesia yang bertindak sebagai orang tengah dengan membeli motosikal curi berkenaan.

Modus operandi kumpulan lelaki tempatan terbabit adalah mencuri motosikal menggunakan kunci yang diubahsuai bagi menghidupkan motosikal yang dicuri dan kemudiannya menjualnya kepada kumpulan warga Indonesia terbabit.

Sumber : Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS