Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memperbaiki pentadbiran termasuk mendapatkan peruntukan bagi mencapai sasaran 50,000 anggota Sukarelawan Simpanan PDRM (SSPDRM) menjelang tahun 2017.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata sejak ditubuhkan pada 2013, SSPDRM hanya mengumpulkan 15,660 anggota di seluruh negara, berbanding sasaran 10,000 setahun.
"Ada beberapa kekangan dalam mencapai sasaran 50,000 dalam tempoh lima tahun termasuk dari segi kewangan. Usaha urus masalah kita berusaha menguruskan masalah itu supaya sasaran ditetapkan tidak terjejas" katanya kepada pemberita selepas merasmikan perjumpaan bersama SSPDRM Zon Timur 2015 di Ibu pejabat Polis daerah (IPD) Kota Bharu, semalam.
Sumber : Berita Harian
