Menu

KES PEROGOL BERSIRI : RAMBO BENTONG KE TALI GANTUNG

Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dikenakan ke atas penjenayah kejam yang juga merupakan perogol bersiri Rambo Bentong yang disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Temerloh selepas didapati borsalah membunuh seorang gadls berusia 17 tahun enam tahun lalu. 

Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan Rambo Bontong atau nama sebenarnya Rabidin Satir; 45, dengan alasan bahawa sabitan yang dibuat oleh Hakim Datuk Ab. Karim Ab, Rahman pada 6 Ogos tahun lalu adalah selamat. 

Rabidin ditangkap pada 14 November 2012, di Tairtan Sahbandar. Dia sebelum ini dihukum penjara 133 tahun untuk beberapa kesalahan membabitkan pertuduhan cubaan bunuh, liwat, rogol dan mencederakan anggota polis. 

Sumber : Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS